Monday 16 March 2015

" Kau ni USELESS! "




" kau ada ke, kau takde ke. sama je weh. no effect at all! "

kata kata itu benar benar dalam. Dia betul betul rasakan bahawa kehadiran dia memang takde bagi sebarang kesan pada mereka. 

alkisahnya :

mereka berempat keluar bersama sama. Untuk raikan mini reunion mereka. Al maklumlah sudah bertahun tahun tak bersua muka. hanya mengharapkan teguran sapa di group whatsapp. haih mana cukup. bak kata orang, tak feel la tak bertentang mata. 

satu janji temu sudah ditetapkan. Empat orang sahabat baik - Raihana, Sophie, Zul Ikram dan Zakwan, bercadang untuk berjumpa di Times Square. Perkenalan mereka bermula sejak mereka berempat belajar di asasi. Raihana, berlatar belakangkan lepasan sekolah agama. Tahu sedikit mengenai hal agama. Sophie, Zul ikram dan Zakwan pulak berlatar belakangkan sekolah berasrama penuh. Walaupun ada sedikit perbezaan latar belakang sekolah, itu tak bermakna mereka tidak boleh berkawan. Lagipun, orang cakap, budak sekolah agama ni tak semestinya mereka akan pratikkan ilmu mereka pada zaman sekolah agama mereka bila mereka di luar nanti. Bahasa mudahnya - culture shock.

**

" weh jom gi makan pulak. aku rasa nak tercabut kaki aku ni dari tadi jalan tak habis habis. penat tau! " merengek Sophie. Dipukulnya belakang badan Zul dengan handbag nya. itulah tanda 'kemesraan' mereka. Raihana yang melihat, hanya tersenyum. Lucu melihat keletah Sophie yang seakan kanak kanak itu.

mereka menuju ke McDonald. Lunch mereka hari ini di McDonald. 

" Alhamdulillah, kenyang perut aku. Dah lama dah mengidam McDonald ni. Lepas ni Starbuck jom! " ajak Zakwan. Mereka kelihatan begitu gembira dengan reunion tersebut. 

" alaaa, dah pukul 3 lah, aku nak tengok kingsman ni. Dalam pukul 5 baru settle cerita tu. Jom la weh tengok kingsman. " Mereka bertiga menuju ke TGV Cinema. Beratur membeli tiket wayang. Tanpa salah seorang pun daripada mereka mengingatkan bahawa mereka belum tunaikan solat zohor. 


Hampir dua jam berlalu. Hampir dua jam dihabiskan untuk menonton wayang. Mereka melangkah keluar dari pawagam dengan kepuasan berganda. Puas menonton cerita tersebut. Tanpa rasa bersalah kerana masih belum tunaikan solat zohor.

reunion mereka berakhir dengan aktiviti itu, Masing masing pulang ke kolej masing masing. 

**

" Hey Raihana. Kau ingat sikit eh, kehadiran kau kat sini sikiiit pun takde effect untuk kitaorang okay! NO EFFECT at all! "

Jari telunjuk Sophie didekatkan ke muka Raihana. Zul dan Zakwan hanya tersenyum sinis di sisi Sophie.

Teguran Raihana mengenai solat tadi lansung tidak dihiraukan, malah menimbulkan rasa marah di hati rakan rakannya.

" Rai, kau tu lebih kurang kitaorang je weh. Harapkan kau sekolah agama je, tapi hampeh. Tak solat macam kitaorang jugak. Useless la kau ni. " Tambah Zakwan.

" Kitaorang ingatkan bila kawan dengan orang sekolah agama macam kau ni, boleh la jadi baik sikit. Boleh la control sikit perangai hantu kitaorang ni. Hahaha ternyata meleset sangkaan kitaorang. Kau pulak sama sama jadi hantu macam kitaorang. "

" Then ada hati nak tegur pasal solat. ellehh boleh blah la wey "

" Kau nak tahu one thing tak pasal diri kau ni? Kau tak pernah nak tegur kesalahan kitaorang! Kau biar je apa yang kitaorang buat. Tak kisah betul ke salah. Semuaaaa kau biar! Weh c'mon lah wey! Mana ilmu yang kau belajar kat sekolah agama kau tuu? Manaaa?! " Herdik Zul. 

Raihana terduduk. Air mata membasahi tudungnya. 

Sophie tarik tudung Raihana. Zakwan dan Zul seolah olah hendak menendang Raihana. 

" TIDAKKKKK! JANGANNNN! " jerit Raihana.

**

" Rai, Rai. Bangun. Awak ni dah kenapa? Kenapa menangis ni? " ujar Umi. Teman serumah Raihana.

Raihana bingkas bangun. Istighfar nya panjang. Hangat air matanya masih terasa di pipi. 

Aku mimpi ke? aku mimpi ke tadi? Astaghfirullah. astaghfirullah. Astaghfirullah. Banyaknya dosa aku. Kenapa aku ni berlagak macam orang jahil ni? Padahal aku dah tau batas ikhtilat, hukum tinggalkan solat fardhu. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Lagi banyak dosa aku dengan kawan kawan aku. Astaghfirullah.

" Rai, awak okay tak ni? Kenapa diam je ni? " Soalan Umi diulang. Bimbang dengan keadaan Raihana yang seakan akan separuh sedar.

" Umi, doakan aku kuat! Aku banyak dosa ni Umi. Aku banyaaaakkkk sangat dosa." Raihana tertunduk. Kelihatan air mata jatuh setitik demi setitik atas selimut birunya.

" Rai, jom tahajjaud. Alang alang awak dah terjaga ni. Jom " Tangan Raihana ditarik Umi. Umi tahu bagaimana kehidupan Raihana sebelum ini. Selalu pulang lewat ke bilik. Kadang kadang Umi perasan jugak Raihana tak solat. Bila ditanya, jawapannya seperti biasa - " Dah solat lah tadi, kau je yang tak nampak "

Dingin air wudhuk pagi itu sungguh menyegarkan mata Raihana. Dia melihat ke cermin di depan singki. Sembam. Matanya sembam. Dia berwudhuk dengan penuh teliti. Barangkali rindu, rindu untuk berwudhuk, kerana dia sudah lama tinggalkan wudhuk. Terlintas di fikirannya, pesanan murabbi ummah, Bukan dikira kuantiti air yang banyak untuk berwudhuk, tapi sejauh mana wudhuk itu mensucikan hati ( lebih kurang begini lah, salah mohon teguran )

Dihamparnya sejadah. Disarungnya telekung. 

Allah. Perasaan apa ni? Tenangnyaa ya Allah. 

Seusai solat sunat tahajjud. Raihana memanjatkan doa mengharapkan pengampunan Allah. Dia sedar dia sudah jauh tersasar dari matlamat utamanya diciptakan di dunia ni. Dia sedar, bila dunia sudah mengisi hatinya, maka terkeluarlah Allah dari hatinya. Astaghfirullah. Kali ini, dia benar benar insaf. Dia benar benar mengharapkan Allah untuk membimbing semula dia ke jalan yang diredhai Allah. Kerana dia tahu, hati itu Allah yang pegang. Allah yang membolak balikkan hati makhluk bernama manusia. Oleh kerana itu dia wajib berdoa agar hatinya senantiasa dipelihara Allah atas jalan yang betul. 


***

" korang, apa kata lepas kita makan ni, kita solat jap. Dah masuk waktu dah ni. " Ujar Raihana.

Zul, Zakwan dan Sophie memandang sesama sendiri. Barangkali terkejut dengan apa yang mereka dengar. Raihana ajak solat? Uihh dah lama dah tak dengar perkataan solat bila mereka keluar berempat. Namun mereka tak banyak menyoal. Tak banyak membantah. 

" hmm okay jugak. Solat pun lebih kurang 10 minit je. Hmmm tapi taktau lah untuk korang perempuan ni. Nak lilit tu lah, nak lilit ni lah, ada la dalam 30 minit jugak " Zul mengerling ke arah Sophie. 

" Kau lelaki, kau mana tau kitaorang macam mana. Huh! " Bidas Sophie. Geram dengan ejekan Zul. 

Raihana hanya tersenyum di satu sudut. Mungkin gembira. Biarlah hanya sekadar 'jom solat' dijadikan sebagai hint (baca: dakwah) untuk dia melangkah ke stage seterusnya. Bersyukur kerana dia mendapat kawan kawan yang  tak banyak membantah bila diajak solat. Itu maknanya hati mereka masih lembut. Mereka masih tercari cari tujuan kehidupan. Dan inilah peluang Raihana untuk tebus kembali salahnya suatu ketika dahulu. Dengan berbekalkan sedikit ilmu agama yang dipelajarinya sewaktu zaman sekolahnya, dia berazam akan membimbing rakan rakan baiknya kembali kepada fitrah. Berubah menjadi lebih baik.

Mimpi itu? Biarlah menjadi rahsia antara dia dan Allah. 






Thursday 1 January 2015

Okay? Okay.

Syaza berjalan laju untuk mendapatkan bas ke fakulti.

“ Ya Allah, macam mana lah tak boleh sedaq lansung alarm tadi. Haih penat sangat ka semalam? Tengok. Kan dah lambat pi kelaih. “

Baju kurung ungu digayakannya hari ini. Teringat kata kata ummi. Ummi suka sangat tengok anak anak dia pakai baju warna ungu. Mungkin sebab tu warna feveret ummi. Pada mulanya memang Syaza tak gemar langsung warna ungu ni. Tapi disebabkan umminya, dia belajar untuk suka warna ungu. Apa salahnya kan, apa yang umminya suka, Syaza belajar untuk suka. Asalkan tak langgar syarak so no hal lah! ‘ lawo la pulak baju kurung purple ni. Kali kesepuluh pakai, baru sedaq cantik gak warna purple. Mungkin sebab aku yang pakai kot. Ngehehe. Kbai perasan di pagi hari ’ Syaza tersenyum sendiri.

Trittt tritttt

Bunyi notification whatsapp dalam phone Syaza. Tangan pantas mencapai phone di dalam beg.

“ Eh, awainya hantaq whatsapp kat aku budak ni. Pasaipa la agaknya “

Di scroll nya whatsapp tu. Mukanya berkerut. Kepala digeleng kiri dan kanan.

“ Ceh, balik balik pasai mamat tu. Takda orang lain ka. Macam la ada kumbang sekoq ja dalam dunia ni. Tuihh. Oh puhlisss la. Nasib baik hang ni adik kesayangan aku dunia akhirat ja. Sebab tu aku layan sat hang ni. Nak jadi kakak mithali la gamaknya. Kihkih. Ehhhh….. “ kepalanya ditoleh kiri dan kanan. “ Fuh nasib baik takda orang. Boleh jadi aku kena label kurang siuman sebab dok cakap sorang sorang. Haih mana pakcik bas ni. Orang dah lambat pi kelaih tau dak ni.” Bebel  Syaza.

Syaza. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Menuntut di sebuah university terkemuka di Malaysia ni.  Pelajar tahun akhir. Dan bakal bergraduat tak lama lagi. YEAY! Adik kesanyangan – Mila. Tak bermakna adik adiknya yang lain dia tak sayang. Isy isy isy. Cuma mungkin disebabkan adiknya Mila itu terlalu la rajin (buat masalah), sebab tu perhatian yang lebih patut diberikan. Hurmmm, mungkin terkurang kasih sayang kot Mila ni. Eheh.



**



“ Kak Syaza……”

Mila meluru kearah Syaza dengan linangan air mata. Syaza yang sudah lali dengan perangai Mila, seakan akan boleh baca apa yang bakal di’muntah’kan adiknya sebentar lagi. Buku anatomy haiwan ditutupnya, disusun rapi ke penjuru meja.

“ Awat Mila? Okay I’m here. Meh ceghita kat akak. “ Suara Syaza separuh memujuk.

Hanya study week sahaja yang menjadi peluang untuk Syaza menjejakkan kaki ke kampungnya, negeri hijau kuning. Saban tahun seperti itu. Ummi Abi seakan akan sudah terbiasa dengan kesibukan Syaza di kampus. Al maklumlah, Syaza berjawatan besar di dalam kampus itu. Ummi Abi sungguh tinggi penyerahan mereka terhadap Allah. Mereka tahu bahawa Syaza bukan hanya dipinjamkan untuk keluarga itu, malah untuk masyarakat di kampusnya. Hasrat mereka satu, agar anak mereka menjadi Muslimah yang istiqamah berjuang menegakkan syiar Islam di dunia ini.

“ Kak Syazaaa……..tsk tsk”

Esakan Mila semakin kedengaran.  Syaza hanya sabar menanti. Menanti agar adiknya itu bersedia meluahkan segalanya.

“ Kak, Mila kecewa. Mila tak tahu kenapa Mila still nak go on dengan relationship ni. Ada satu hari tu Mila dapat tahu, yang dia pernah ada hubungan dengan kawan baik Mila waktu asasi dulu. Mila sedih, kak. Kenapa dia tak cerita je kat Mila. Ni Mila tau sendiri……. Tsk tsk”

Syaza hanya mendengar.

“ Mila dah rasa lain macam lama dah. Akak, Mila… tsk tsk.. Mila sayang dia, kak. Dia selalu bagitau Mila yang dia still tak dapat lupakan kawan baik Mila tu. Mila kuatkan hati. Mila terus support dia. Mila bagi dia kekuatan untuk move on. Tapi dalam diam, Mila yang sakit, kak. Mila tak cakap pun kat dia yang Mila jealous. Sebab taknak tambah lagi masalah. Mila diam je akak. Mila diam. Mila selalu buat lawak hambar sebab nak bagi dia ceria. Tp dia tak tahu yang Mila nangis time tu. Waktu tuu, Mila rasa, rasa macam Mila ni orang tengah, Mila ni penyebab dorang broke up. Mila rasa macam baik Mila undur diri. Bagi peluang dorang bebaik. Walaupun Mila tak tahu sebab apa dorang putus.. tsk tsk”

Air mata Mila terus menerus mengalir. Syaza mengerti perasaan itu. Walaupun dia belum pernah merasai perasaan jatuh cinta. Syaza bukan sejenis perempuan yang mudah jatuh cinta. Terdapat sekelumit perasaan ‘anti-lelaki’ dalam dirinya. Kisah Mila menjadikan perasaan ‘anti-lelaki’ itu 
semakin menebal.

Di tariknya satu satunya adik perempuannya itu ke dalam dakapannya. Dipeluk penuh kasih sayang.

“ Mila, you deserve better. Adik akak ni baiiiikkkkk sangat. Adik akak ni kuattttt sangat. Ni ujian Allah ni. Ingat tak akak penah pesan dulu? Allah uji kita dengan apa yang kita lemah, kan? Supaya kita jadi kuat! “ Syaza menahan air matanya. Kasihan melihat situasi adiknya. Dia kenal benar adiknya. Pandai menampal ‘senyum palsu’ di muka. Kerap juga Syaza terdengar esakan Mila di tengah malam. Dia kagum dengan kekuatan adiknya itu. Di pagi harinya, sungguh ceria. Seakan akan tidak ada masalah. Orang yang belum kenal Mila, mesti tersalah sangka bahawa Mila ni punyai kehidupan yang bahagia.


[kredit]
Langit tak sentiasanya cerah. Untuk kita pendosa, peluang sentiasa ada.



**


Dia teringat satu malam itu. Kedengaran esakan Mila disebalik bear kuningnya itu. Dengan keadaan yang kelam, Syaza cuba untuk mencapai suis lampu meja.

“ Mila? Kenapa ni? “ Syaza menarik bear itu daripada dakapan Mila.

Mila bangun lantas mengusap air matanya.

“ Mila okay?” tanya Syaza.

“ Mila okay ja akak. Akak tidoq la dulu. Satgi Mila tidoq na. “

“Tak pandai menipu betul la adik aku sorang ni. Menangis. Tapi cakap okay. Hmm yelah Mila yelah” Getus hati Syaza.

“ Okay akak tidoq dulu. Jangan tidoq lambat sangat. Nanti esok susah nak bangun subuh.”



**



“ Akak, betul ke apa yang Mila buat ni? “ sendu masih bersisa.

“ buat apa dear? “

“ Betul ke tindakan Mila untuk terus dalam hubungan ni? “

Syaza diam. Mencari cari ayat yang sesuai untuk dilontarkan.

“ Adik akak pernah dengar kisah seorang ayah yang sanggup ikat perut semata mata nak pastikan anak anaknya dapat sesuap nasi? Mila tengok Abi. Abi keluar mengajar pukul 6 pagi bertolak dari rumah. Sebelum tu Abi pergi hantar kek yang Ummi buat kat kedai kedai. Abi balik rumah pukul 5 petang. Abi balik rumah, mesti je ada barang yang abi beli untuk kita, kan? Ummi pulak, tiap tiap hari ummi bangun pukul 3 pagi. Ummi siapkan tempahan kek. Ummi sediakan sarapan. Ummi layan kerenah kita. Ummi buat laundry, kemas rumah, masak. Mila sayang ummi abi? “

“…..sayang…….”

“ Mila, tak cukup lagi ke kasih sayang ummi abi kat Mila selama ni? “

“ kenapa kak Syaza tanya Mila macam tu? “ Muka Mila diangkat. Mukanya penuh persoalan. Air mata masih bersisa di birai matanya itu.

“ sayang, kalau kasih sayang ummi abi dah cukup sempurna buat kita sampai kita besar, sehingga hari ni, kenapa perlu kita tagih kasih sayang dari orang yang belum tentu jadi milik kita? Belum tentu akan jadi pasangan hidup kita. Akak sedar. Akak tahu. Dan akak yakin bahawa its normal lah kalau kita rasa nak disayangi dan menyayangi. Tapi dalam konteks ‘sayang lelaki yang bukan mahram a.k.a boyfren’ ni, I think this is not the right time yet. Bagi akak, banyak lagi perkara yang akak nak buat. Dan Mila nak tau tak, kehidupan tanpa dikongkong atau berstatus ‘ taken by someone’ ni tersangatlah awesome tau! Akak bebas buat semua benda yang akak suka. Tapi tak langgar syariat lah ye. Eheh. Pastu tak perlu la nak kalut kalut topup kredit, online 24/7 seminggu. Aman tau tak! I think you should give a try la sweetie..” Syaza terlalu asyik bercerita sehinggakan tidak sedar adiknya sudah berubah riak wajah.

“ Mila, Mila okay tak ni?”

Air mata Mila mengalir lagi. Syaza yakin, kali ni bukan kerana lelaki pujaan kalbu nya itu tetapi tanggisan penyesalan.

“ Jahatnya Mila selama ni, akak. Mila ni terlalu buta nak cari cinta lelaki ajnabi. Sampai tak sedar depan mata, Allah dah bagi dah Raja dan Permaisuri untuk Mila. Ummi dan Abi. Abi sentiasa ada untuk Mila. Ummi pun. Kak Syaza. Dan adik adik. Kucing kucing yang comel pun Allah bagi untuk Mila. Tapi Mila ni… too blind to see the truth. Tergedik gedik nak jugak cari lelaki lain. Kesian Abi. Kesian Ummi. Sebab dapat anak macam Mila ni. Kak Syaza baik, solehah. Ummi Abi mesti seronok kan “ Dicuba Mila untuk melemparkan senyuman. Senyumannya kelat.

“ Mila, jangan cakap macam tu. Kalau akak boleh buat, Mila pun boleh. Mana tau Mila lagi solehah daripada akak. Haaa, syg, hidayah tu milik Allah. Allah boleh tarik balik hidayah tu bilaa bilaa masa. Dan Allah boleh bagi hidayah tu bilaa bilaa masa dan pada siapa yang Allah nak. gunakan peluang ni. Kembali pada Allah. Dan jangan lupa, Allah ialah Cinta yang paling Agung! Allah Pemilik segala cinta. Doa kat Allah, supaya adik akak ni terus diberikan kekuatan untuk patuh perintah Allah ye sayang ye”

“ Kak Syaza. Mila sayang kak Syaza……” dihadiahkan Syaza sebuah pelukan mesra oleh Mila.

“ ya Allah, moga Engkau beri kemudahan dan kekuatan kepada adikku ini. Aamiin “

Saturday 29 November 2014

Bungkusan Biru itu


Pandangan Syifa dilempar jauh ke luar jendela. Gelap. Kelam. Kedengaran hanya suara katak asyik berbunyi diselangi rintik rintik hujan yang membasahi bumi ini.

" Aku sayang dia. Tapi kenapa? kenapa jadi macam ni? "

Air mata tak mampu ditahan lagi. Empangan itu pecah akhirnya. Butir butir air jernih deras membasahi pipi gebunya. Kejadian semalam benar benar menyentap sanubari Syifa. Perkenalan selama hampir setahun itu benar benar membuatkan hatinya berbunga bunga. Rasa sayang dengan perkenalan ini.




**



" Syifa, ada bungkusan untuk kau. Tu haa aku dah letak atas meja kau. "

Belum sempat kaki melangkah masuk bilik Z102, suara Haziqah menyambut kepulangan Syifa.

" Haa aku pun dah buatkan kau air green tea yang kau suka tu. Kat luar kan hujan, mesti kau sejuk kan. " Jerit Haziqah sambil matanya teliti mengadap buku Anatomy.

 'Haih. Iqa. Iqa. Perangai kau ni memang buatkan kau layak jadi isteri orang lah' Monolog Syifa. Haziqah memang seorang roomate yang sangat prihatin. Dulu Syifa pernah demam, tak tidur malam si Haziqah ni menjaga. Risau katanya.

" Okay darling thank you sooo much " Ujar Syifa. Langkah kakinya semakin laju. Terlalu eager nak mendapatkan parcel tu.

' Sape lah pulak yang rajin bagi aku hadiah ni. Ke aku ada beli barang online? Eh setahu aku takde la pulak. Ke mak post something? Eh tapi selalunya kalau mak nak bagi barang mesti mak bagitau aku dulu. Ke ............ ' Ligat otaknya berfikir.

Matanya tertumpu pada bungkusan itu. Cantik. Balutan berwarna biru laut itu sangat cantik. Dengan corak corak bunga tulip di penjuru. 'Haih rasa sayang la pulak nak bukak'. Dibeleknya bungkusan tu. 'Takde kad lansung?! Nota apaa pun tarakk! What?! Isy isy isy. Ni mesti secret admirer yang bagi kan. Keh keh keh.'

Bungkusan itu dibukanya dengan penuh hati hati. 'Pemberi ni mesti special'.
Yeah. It almost done!

Buku?

" CINTA.HIGH.CLASS "

" oh wow buku ni lah. Ya Allah dah lama ingat nak gi beli sendiri tapi selalu terlupa. Cepat lupa betul la aku nih. Hehehe. Tapi tapi.... haih spe pulak yang tau aku nak sangat buku ni. Rasanya takde sape yang tau. Aku ni bukan suka sangat share dengan orang. Introvert gituw. Ceh. " Gomel Syifa.

Buku itu dibelek beleknya.

Tiba tiba,
Sepucuk surat yang terselit dalam buku itu terjatuh.

"Eh......"

Syifa mengambil surat itu. ' Old school nya orang ni. Siap selit selit celah buku lagi kot. Acah sweet la tuu. '

Dia terus membuka surat itu.


[kredit]

                                                               


Syifa terdiam.
Bagai ada pisau menikam dadanya.
Sakitnya!

Sakit sebab ? Sebab lelaki itu tekad untuk tinggalkannya kah? atau....
Sakit sebab ? Sebab Allah dah sedarkan?

Ringkas sahaja isi surat itu. Namun mesejnya sampai terus ke hati Syifa.
Muka ditekup rapat ke dalam tangan. Air mata turun laju ke pipinya.

Bukan Syifa tak tahu sebelum ini. Bukan Syifa tak sedar, bahawa tindakannya untuk terus berada dalam hubungan itu salah sebenarnya. Tapi kerana sayang, kerana 'cinta lillahita'ala ' yang telah disalah tafsir itu, membuatkan dia untuk terus setia dengan hubungan ini.

Astaghfirullah. Sakitnya perpisahan ini!
Astaghfirullah. Lagi besar rasa penyesalan ini.

" Kenapa aku bodoh sangat? Kenapa nak ego sangat ? Kenapa? Kenapa? Aku dah tau benda tu salah, tapi buat jugak! Syifa, kau ni memang sengaja nak cabar Allah kan. Sengaja! Hey ingat sikit, kau hidup sekarang pun sebab Allah izinkan. " Rasa kesal terus menerus menyapa dirinya. Air mata masih belum kering. Deras mengalir.

Buku itu diletakkan di tepi. Ditatapnya pembalut biru bercorak bunga tulip itu. Hanya lelaki itu yang tahu betapa Syifa suka sangat dengan bunga tulip.

" Kenapa mesti bunga tulip? " " Sebab bunga tulip ni takde kat Malaysia. So rare sikit lah kan :P lagipun sape yang mampu bagi saya bunga tulip, haih orang tu memang daebak lah! Hahahaha"

Syifa teringat perbualan mereka suatu masa dahulu. Ahhh semua hanya tinggal kenangan!

" Syifa, kau okay tak? " Sergah Haziqah.

" Eh aku okay je, aku nak gi mandi jap. " Mukanya dialihkan daripada memandang Haziqah. Risau rakanya itu perasan bahawa dia menangis.

" Jangan lupa dinner okay Syifa! " " In shaa Allah, Iqa "



***


" Ingat sahabat sahabat, kita tahu bahawa pergaulan antara lelaki dan wanita tu harus dijaga. Tak boleh sesuka hati je. Kita kat kem Jalinan Kasih ni, dah banyak benda kita dapat. Banyak ilmu yang kita dapat. Ana yakin, sahabat sahabat kat depan ana semua ni hebat hebat belaka. Latar belakang sekolah agama kan semua ni? Subhanallah. Sahabat sahabat, ana suka untuk kongsikan dengan sahabat sahabat ayat kalam Allah yang sangat mulia. Surah As-saf ayat 2 dan 3.

    Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? (2) Itu sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan (3)

Peringatan yang Allah bagi kat kita. Seharian kita ajak orang buat baik, dakwah guna fesbuk, tuiter, instagrem dan banyak lagi lah medium medium zaman sekarang ni. Tapi , satu soalan yang ana nak ajukan buat sahabat sekalian, kita buat tak apa yang kita suruh orang lain buat? takkan semua kat depan ana ni hanya kerboard warrior? Astaghfirullah, ana pun ada buat salah. Ana pun lalai. Lupa. Sama sama kita perbaiki diri ... "

Empangan di birai mata Syifa pecah buat kesekalian kalinya. Ucapan yang keluar daripada mulut Ustaz Azmir begitu zupp kedalam hati Syifa. ' Allah terima tak lagi aku ni? Hinanya aku. Sanggup duakan cinta Allah. Padahal bila aku sedih, bila aku marah dengan Rayyan, aku cari Allah jugak. Astaghfirullah '



***


' Bismillah '. Kaki dilangkah keluar daripada kereta myvi putihnya. Laju menuju ke kelas Anatomy. Azamnya hanya satu. Fokus kepada pelajaran. Lelaki? Bercinta? ahh semua tu dah tak penting dah sekarang. Utamakan yang utama. Kata yakin dengan janji Allah. Kata beriman dengan Qada' dan Qadar Allah so this is the time to prove it. Jodoh, Allah dah tetapkan. Biar lambat atau cepat, pasti akan bersatu. Eheh so cliche la ayat tu. Tapi kebenarannya tak dapat disangkal lagi. Fokus on amalan untuk akhirat. Entah entah tak sempat pun nak kawin, tapi dah meninggal. Who knows. Allah Maha Mengetahui.

" SAVE THE BEST FOR THE LAST "

ayat keramat itu dipegangnya. Tersemat dalam hati. Pembakar semangatnya.

' Terima kasih. Terima kasih atas ' perpisahan ' ni. Aku boleh rasakan cinta yang sebenar. Sejuk mengalir dalam hati aku. Terima kasih Rayyan. Kau buat tindakan yang bijak. See. Allah sayang kita dua tapi kita yang buta selama ni. Masih nak cari cinta makhluk. Masih nak agungkan cinta makhluk. Walaupun awalnya aku tak dapat terima, tapi Allah dah lembutkan hati aku. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah :) ' Kata kata itu hanya mampu terucap dalam hatinya. Rasa bahagia bercampur kecewa. Namun bahagia itu lebih terserlah. Tiada siapa di dunia ini yang dapat menandingi cinta Allah. Sungguh, manisnya cinta itu sebab kita tidak akan pernah dikecewakan.

Manusia dan Cinta. Remaja dan Cinta. Dua perkara yang memang tidak dapat dipisahkan. Namun dapat dikawal. Kawal cinta itu dengan ilmu. Kawal cinta itu dengan pengharapan yang penuh pada ketentuan Allah. Kelak anda akan bahagia.

Gadis itu memilih untuk terus setia, Setia untuk kekalkan cintanya.









Sunday 13 July 2014

Dear awak *sipusipu malu*

" ibuuuu, kakak belum ada kasut raya lagi laaa... "

" ibuuuu, baju raya satu pasang mana cukup. satgi kita pi Amanjaya. cari lagi selai. boleh boleh boleh?"

" abah, nanti raya nak duit raya. tahun ni kasi up sikit la abah. ngehehe "

" adik, malam nanti kita buat kuih raya.. jom pi beli bahan sekarang!! "


**

separuh Ramadhan dah berlalu. mood kita ? sedih ke? ye ke sedih ? tdi nampak penuh je tangan dengan baju baju baru ( baju raya la senang crita ) kat mall tadi. hmmm try kasut sampai tak cukup kaki. amboii tudung bawal la, fareeda la, pashmina la, shawl la. tawaf satu mall cari tudung yang matching dengan baju. eh. sekali lagi nak tanya. sedih ke sebenarnya bila dah separuh Ramadhan dah kita lalui? 

" eh eh kenapa si syuhada ni. dulu beria ria suruh org husnuzhon. amboi sekarang dia kemain su'uzhon dengan org lain. tak sedar diri punya manusia. puiii. "

*baling selipar jepun*

uhuk.uhuk. aduhhh. sakit tau tak?! isy nak saiko je lah. mana ada nak su'uzhon. *err ye ke? 
astaghfirullah astaghfirullah. dengan rasa terbuka hati, sy memohon agar kalian di luar sana tidak segan silu menegur saya jika nampak perbuatan saya salah di sisi agama mahupun menyakiti hati dan sanubari kalian. ceyttt. 

" betul jugak kan. tak sedar kot dah separuh ramadhan dah kita puasa. tapi kenapa aku rasa mcm tak sabarrrr nak habis puasa ni. isy cepatlah habis puasa. boleh pakai baju lawa lawa. kutip duit raya. *besar gajah pun berangan nak kutip lagi ke? eh eh ehh. pastu boleh makan ketupat. ya Allah sedapnyaaaaa. cepatlahhhhhhhh....... "

eh wait wait ! awak dah khatam quran berapa kali dalam ramadhan ni ? qiamullail setiap hari eh? dhuha ? haaa, tolong mak masak sahur tak? *nak cakap tolong berbuka macam tak best sgt tak mencabar gitu so kita test sahur pergh tercabar la sikit kan*

aduh. semuaa tu ibarat cakap dekat cermin then pantul balik kat diri sendiri. Allahu Allah. rasa macam nak menyorok bawah katil je. hina nya kita. terlalu lalai. itu laa. orang cakap. bila benda tu ada depan mata kita, kita tak nampak. kita buat 'dek' je kann. buat taktau. pandang sebelah mata. tapi bila benda tu dah berlalu. dah pergi tinggalkan kita. baru la nak terkebil kebil. baru la nak meratap menangis air mata darah bagai. cepuk kang baru tau. but its normal la. manusia kan. sama la macam bulan Ramadhan ni. kita sedang laluinya. tp amalan kita ? adakah amalan kita menunjukkan yang kita benar benar enjoy Ramadhan kali ni?

amboii. hapdet status fb wechat " semoga ramadhan kali ini lebih baik drpd ramadhan yang lepas"
dah separuh ramadhan dah tp habit tidur lepas subuh sampai berbuka tak pernah tak buat drpd first ramadhan. *okay ini hiperbola. juzuk satu tak habis habis lagi. mulut kemain buat 'ketupat' (mengumpat) pastu 'jual' dari rumah ke rumah pulak tuu. aihhhh. buat perempuan, baju adik umur enam tahun jugak menjadi pilihan hati tika keluar pegi bazaar Ramadhan. sampai adik enam tahun konpius besar sgt ke dia sampai kakak dia nak pinjam baju dia. hmm kesian si comel yang tak tahu apa apa tuu. sabar ye adik ?! *usap usap kepala dia*


sokay lah takpe at least kita ada usaha. ada niat agar ramadhan kali ni lebih baik daripada ramadhan yang lepas. but guys lets prove it. buktikan ! kalau tak mampu buat satu hari satu juzuk pun sokay lah no hal. but pastikan satu hari tu kita mesti pegang belek belek baca dan tadabbur al quran. tengok al quran pun dapat pahala. amboi dah tahu tengok al quran je dapat pahala. jgn pulak lepas ni tengok je al quran tu. sekadar jadi 'pelengkap' meja je. takkan nak biar berhabuk pulak kan. tak kan ? tak kan ? pastu kalau qiamullail tu tak mampu nak bangun pukul 3 pagi why not nanti after sahur cuba buat. sahur pukul 5. then makan ambil masa dlm 15 minit. then lepas tu cuba la buat tahajud. at least show your effort to make this ramadhan better than before, right?. so takde lah macam cakap kosong ye ye je kaan. 


pergh panjangnya ceramah. 


buat awak yang dah beli baju raya *seronoknya* ehh. okay okay. buat awak awak yang dah buat persiapan raya. saya tahu mungkin awak nak buat persiapan awal. taknak nanti kalut dan berebut rebut ke apa ke. saya tak salahkan awak sebab dah buat persiapan awal. you're totally not wrong. bagus sebab dah punya perancangan awal dan rapi. thumbs up for you *emoticon thumbs up eh*
awak buat persiapan awal tak bermakna awak tak sedih ramadhan akan tinggalkan kita kan? mana tahu, malam malam awak lah orang yang paling meratapi pemergian ramadhan yang tak lama lagi dah. kan ?


dan buat awak yang belum buat persiapan raya tu, banyakkan berjimat cermat ye. sama sama beringat keadaan saudara seislam kita kat Gaza sana. tembak doa buat mereka agar mereka terus kuat dan tabah dalam mempertahankan Islam. Takbir ! AllahuAkbar.


" weh tadi aku survey baju raya kan, pergh hargaaaa. ya Allah. mahal nak mati. beratus ratus beb."

okay ini memang tak dapat disangkal lagi. pilihlah ikut kemampuan anda. buat gadis, pilihlah yang tidak terlalu menonjol. i mean, takde lah striking sangat. hmmm macam bila orang lain tengok kita je, terasa nak tengok lagi sekali sebab hmm lawo sangat eh. okay takde kaitan. pilih lah yang sederhana. tidak terlalu tabarruj. kecantikan awak untuk yang berhak sahaja *emoticon senyum nampak gigi* ngee.


" .. yang syuhada ni asyik nak nasihatkan gadis gadis je kenapa? macam la lelaki tak payah nak kene jaga itu ini. aihh susah ahh jadi perempuan .... W$#%$^%& "


aip aip puasa ni puasa ni. takmo perkataan kasar mencarut carut apa. taknak semua tuu. wahai gadis, kerana dirimu begitu berharga *flip shawl haha gaya iklan gituu* 


" tajuk entri ni kemain macam surat nak bagi kat kekasih jantung hati intan berlian je gamaknya. tapi bilaaa baca... hmm *kembangkempis hidung* "

[kredit]


hahaha *gelak tutup mulut* awak lah kekasih saya tuuu. ehh. alaa apa salahnya kan. tajuk mesti kena menarik. macam luaran kita. mesti kena pakai kemas kemas lawa lawa dan tak langgar syariat Islam. itu first impression. sama lah tajuk entri. kihkihkih.

okay la okay la gotta go. see you next time yaa. *selak selak buku resepi buat kuih raya* pstt ajet ajet je lebih wuu. maaf atas salah silap. rasa macam entah apa apa je entri kali ni so sorry :( yang baik simpan buat bekalan masa depan. yang agak macam negatif sikit, hanyut jejauh kat laut china selatan sanaa. haa guys sebelum terlupa. manfaatkan hari hari dan saat saat terakhir kita dalam bulan Ramadhan ni. boleh jamin ke next Ramadhan kita still hidup dan dapat rasa lagi ramadhan 1436H ? *angkat kening* jangan sia sia kan ye :]  


                                                                                     RAMADHAN KAREEM !
                                                                                         ALLAHU AKRAM !
  


                                                                                                    lots of love.

Monday 19 May 2014

semoga kita dapat berjiran di Syurga nanti ya sayang :')


Assalamualaikum.

ehem. dah lama tak jumpa kann. ngehehe. tak update lama ni sebab mengada ngada bajet busy kengkononyaa lah. aihh konon je lah. maaf maaf. saya tahu ada orang rindu saya. ehh. err. krik krik.

nah hadiah pagi ni nahh. * campakgambar *


^_^

ayuhhhhh. kita bersemangat hari niii. ayuh ayuh ayuh. yang tengah cuti tuuu * ehem.tunjuk diri sendiri*
rajin rajin kan lah berbakti kat ibu abah ye. bila lagi kan kita nak kumpul pahala banyak banyakkkkkk. kasi jadi gunung. asyik dosa je bergunung gunung. gulp. cari kerja ke, boleh la kumpul duit pegi umrah ke kann ?! *cehtaknaksebutkawintaknaktaknak* 

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad. jom gerakk mujahid mujahidah.


***


" jaga diri ye nanti, saya tak ada dah dekat dekat dengan awak. takde dah nak 'belasah' orang yang buli kutuk maki awak tuu. ingat, jaga Al Quran tu baik baik. Baca tau ! Jangan simpan buat pekasam je. Saya sayang awak, Nur "

air mata Nur tak dapat dibendung lagi. persahabatan selama tiga tahun begitu memberi kesan pada dirinya. Mana tak nya, segala resah dan gelisah yg dirasai dikongsi bersamanya. segala rahsia tersimpan rapi dalam jagaan dia. Gadis yang putih kemerahan itu sungguh bermakna buat hidup Nur.

" Maria, saya sayang awak jugak. tak boleh ke awak tak study oversea ? tak boleh ke ?"

Nur merengek rengek seperti kanak kanak yang dahaga susu. Air matanya deras mengalir membasahi pipi gebunya.

" sayang, saya pergi tak lama la awak. lima tahun je. lepas tu kita jumpa la ye. alaaa, pejam celik pejam celik, dah habis lima tahun saya kat sana. awak tu pun nanti mesti tak ingat saya dah. ye la busy dengan belajar dengan praktikal dengan dakwah dengan macam macam lagi urusan kan. so dont worry ye comel *sambil mengelap air mata di pipi Nur* "

Maria cuba menahan suara sebaknya. Maria cuba utk menahan air matanya daripada gugur. Senyuman yang terlakar di bibirnya tidak melambangkan keadaan sebenar hatinya. Tipulah kalau dia tak sedih atas 'perpisahan sementara' ni. Ukhuwah yang terjalin selama tiga tahun ibarat telah terpahat rapi dalam dirinya. Namun dia harus berbohong dengan dirinya. Harus berlagak tidak sedih sangat atas perpisahan ni. Bukan dia tak kenal si Nur ni. Pantang melihat orang nangis, bertambah tambah la hujan air matanya nanti. Daripada 'banjir' airport nanti, baik kita prevent dulu kan. Prevention is better than cure. ehh.

" Mariaaaaa, tengok tuu. awak ni kann. tak sayang saya kan. tengok tuuu. memang sengaja nak belajar jauh jauh sengaja nak biar saya sengsorang kat sini belajar kan. sampai hati awak kan. sampai hatii ! "

" Aip aip Nur.Behave ! Behave ! *gelak* awak nii, umur dah 19 tahun tapi perangaiiiii ya ampun mengalahkan budak dua tahun. aisyyy malu saya. HAHAHA. takpe awak belajar elok elok kat sini. teruskan dakwah awak kat sini ya. in shaa Allah umur panjang kita jumpa lagi ye. kita naik broga sama sama lagi. heeehee. awak kan suka bende bende macam nii. "

air mata Nur mulai kering. Maria sangat pandai mengambil hatinya. Maria bijak menuturkan kata kata yang boleh membuatkan Nur tenang.

" eh dah banyak sangat drama air mata saya buat. hihi. maaf maaf. ahah, sebelum terlupa. nah"

Nur menghulurkan hadiah. Nur tahu Maria suka sangat teddy bear.





" wahhhhhhh, teddy bear lah. boleh la saya peluk peluk dalam flight nanti. thanks Nur " Maria lantas memeluk Nur. Begitulah cara yang sebenar kalau nak bahagiakan orang lain. Tahu apa yang mereka suka. dalam masa yang sama boleh mengeratkan silaturrahim kan. Lagipun, beri hadiah kan sunnah Rasulullah.



***



" apa ? awak nak balik Malaysia tahun ni ? yeay yeay yeayyyyy ! tak sabar nya sayaaa"
Nur melompat lompat keriangan setelah mengetahui bahawa Maria akan pulang ke Malaysia tahun ni setelah tiga tahun mereka terpisah.


" hmmm. hmmm. Maria suka makan pie apple yang aku buat. Hmm. okay. aku buat yang special untuk dia. hoyeahh tak sabar nyaaa. tak sabar nyaa. " Nur begitu gembira. Pelbagai rancangan dan aktiviti yang dia nak spend together gether dgn Maria segera di senaraikannya.



yummy :D


jam menunjukkan 14:05. Nur sabar menanti kedatangan Maria ke rumahnya pada pukul 15:15 nanti. the next hadiah buat Maria jugak telah disediakannya.

" Nur, ada orang call ni. cepat sikit. Mama nak keluar ni. tinggal jap apple pie kamu tuu "

" Baik maa. coming.. " sahut Nur penuh hormat.

" ....... terima kasih ye encik " Nur meletakkan ganggang telefon rumahnya. Dia gagahkan langkah kakinya. Dia menarik nafas sedalam dalamnya. 



 ***



Lima tahun dah berlalu.

Seolah olah baru semalam Nur menghantar Maria ke KLIA. Seolah olah baru semalam Maria mengusap air matanya. Terasa seolah olah baru semalam Nur menghulurkan hadiah teddy bear kepada Maria dan Maria begitu eksaited.

" Maria, awak muslimah solehah. Saya rindu awak. Saya nak sangat jumpa dengan awak sekarang. Saya nak peluk awak kuat kuat. Nak dengar awak panggil saya comel lah budak budak lah. Awak baik baik ye kat sana "

" saya tak sempat nak bagi awak rasa apple pie yang saya masak hari tuu. tapi, Allah dah sediakann lagiiiiii sedap utk awak kan syg." sambungnyaa.

Nur bermonolog sendirian seusai membacakan yassin.

" Al Quran ni .... " Nur tak mampu menghabiskan kata katanya. perasaan sebak menguasai dirinya.

 Dia menatap batu nisan itu dengan mata yang berkaca kaca. Kemalangan dua tahun lepas yang meragut nyawa Maria, baginya, perit utk diterima. Tapi dia sedar bahawa setiap Muslim perlu beriman dengan rukun iman yang keenam iaitu beriman dengan qada' dan qadar. Perancangan Allah jauh lebih rapi. Jauh lebih cantik. Kerana Allah merancang dengan Cinta-Nya. Tak mungkin Allah ingin mengecewakan hambaNya kan.

 Semoga Maria tenang bersemadi di sana.

 " semoga kita dapat berjiran di Syurga Allah nanti ya sayang :') "





Sunday 12 January 2014

sahabat ? one two three.. yeayy !

Bismillah.

Assalamualaikum. Hye hye hye *lambailambai*
tajuk tu .. hmm mcm best je, mcm hampeh je. mcm mcm je. err. ==''


^_^


lama tak jumpa kan :)) rindu tak rindu tak ? haaa mesti rindu kan. kan kan kan ?
hee okay abaikan scene itu. 

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad.

okay, kita dah selawat. Alhamdulillah. hmm dah lama aku tak jenguk jenguk kat sini.
huh, apa ? bajet busy ? mana ada bajet. memang busy pun lah. HAHA. biasalah. kalau kita tak disibukkan dengan dakwah atau kebaikan, kita akan disibukkan dengan maksiat dan perkara lagha kan *peace*

okay pejam celik pejam celik. dah masuk tahun 2014.
alhamdulillah la sebab masih boleh pejam celik pejam celik. kalau yang pejam tak celik celik tu ?
innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

eh kita dah sedia ke belum ? amalan dah banyak mana dah ? kot kot ke Allah panggil sat lagi ka mana nak tau kan. ASTAGFIRULLAH. aku pun amalan tak banyak mana. masih tak mampu melayakkan aku jejak ke syurgaNya. dosa aku. perghh. kalah Gunung Everest. Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah.

tapi sahabat sahabat . pintu taubat sentiasa terbuka. untuk saya awak dia mereka dan kitaaa semua.
jangan pernah putus dengan rahmat Allah. usaha untuk benci maksiat yang kita lakukan. USAHA. itu yang penting kan.

Allah tak tengok pada hasil. Allah tengok pada usaha kita. Bunyi macam cliche kan. tapi itulah hakikatnya.
terasa macam banyak je nak dicurahkan dalam ni. melimpah limpah. tapi. tapi. 

eh iman hari ni macam mana ? sihat kan sihat kan ? *senyum kambing*

Aku rasa sangat beruntung. beruntung sebab masih diberi nafas dan peluang untuk hidup kat muka bumi ni. sebab dosa aku yang lepas. Allah masih bagi peluang untuk aku bertaubat.

ramai je orang yang kat dalam kubur tu nak dikembalikan kat dunia sebab nak taat perintah Allah. tapi semua tu dah terlambat. kita yang hidup lagi kat dunia ni. gunakan peluang sebaiknya :)

" yeay aku tak mati lagi. boleh enjoy sepuas puasnya. yeahhh ! "

krik krik krik. adik , peluang tu maksudnya peluang untuk buat amalan banyak banyak ye. bukan peluang nak enjoy. nak enjoy, tunggu kat syurga nanti. semuanya HALAL ye :)) okay ? ada paham ? hee *senyum*

err hmmm hmmm hmmm. isy takde motip pulak dah tulis benda macam ni. astagfirullah.
kembalilah idea kembalilah. ku serumu. kembalilah. 



***



" aku kuat "

" ye aku kuat "

bisik Nur pada dirinya. Dia tahu. perit yang dia tanggung ni dugaan Allah. tanda Allah sayang. 

" Nur, aku suka la tengok kau senyum. kau ni sentiasa ceria. happy. "

Nur tersenyum. dia tunduk. hatinya terdetik " ya Allah. terima kasih. terima kasih kerana masih lagi berikan aku kekuatan untuk senyum. walau hakikat perit ini hanya Engkau saja yang tahu "

baginya, tak mengapa jika dia sedih, asalkan orang yang dia sayang gembira. tak mengapa jika dia tanggung perit ini bersendiri, asalkan orang lain senang hati melihat dia tersenyum. baginya tak mengapa hipokrit dalam keadaan seperti ini. dia suka asalkan orang lain bahagia. dia sanggup.

" Nur , saya tahu awak tak okay sebenarnya kan. awak ni bukan boleh percaya sangat. nanti senyap senyap tengah malam dengar orang esak esak. isy seram saya tau " kata nurul. sahabat baiknya. juga rakan sebiliknya. 

nurul seakan akan sudah masak dengan perangai nur. dia tahu, disebalik senyuman sahabatnya itu, ada segunung penderitaan yang ditanggungnya. namun dia berbangga memiliki sahabat seperti nur. insan yang tabah. sanggup berkorban demi orang lain. 

" Nurul, kejam sangatkah saya ni ? " persoalan yang tak terduga terpancul daripada mulut Nur. 

" Eh. apa Nur ? Sorry saya baru habis otp dengan mak saya. hehehe. "

" hmm takde apa apa lah Nurul. tak jadi nak tanya. cancel cancel. *senyum* "

Nurul pelik. pelik dengan sikap sahabatnya sehari dua ni. "Dah kenapa dengan Nur ni sebenarnya. macam ada perkara yang besar je yang dia sembunyikan. hmm takpe lah. mungkin dia tak bersedia lagi nak kongsikan dengan aku. takpe. Moga Allah sentiasa beri dia ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan itu. "



***



jam menunjukkan pukul 7 pagi hari Sabtu.

" Nurul, sy nak keluar ke pantai. awak nak ikut ? "

" hmm takpe lah Nur. lain kali je lah. hari isnin ni saya ada test. nak buat ulangkaji sikit. Sorry " Nurul memberikan senyum kambingnya di pagi hari. hee.

" haha. lawa sangat la buat muka macam tu kan. hehe. takpe takpe. study rajin rajin. jangan dok berangan je keja. okay. "

Nur berlalu. kunci kereta myvi dicapainya.  

" Eh Nurul. Jaga diri ye. Saya mintak maaf atas semua salah silap saya kat awak ye. saya sayang awk sangat sangat. Ingat tu. belajar rajin rajin ye. "

" okay ! sayang awak jugak. drive tu hati hati ye. balik cepat. nanti saya rindu. haha "

" hmm. ye la tu rindu. okay. pegi dulu. assalamualaikum "

" Waalaikumussalam "

Nurul menyambung ulangkajinya. hatinya berkata " eh kenapa aku rasa tak sedap hati ye. astagfirullah astagfirullah. dah dah. jangan dilayan perasaan tak sedap hati ni. mainan syaitan je kot. hmm. baik aku sambung revision balik "



***



Nur berjalan berseorangan di pantai itu. sungguh indah. nyaman sekali. dia gemar bersendiri di situ. memikirkan hikmah atas segala yang menimpa dirinya. kadang dia terfikir. kenapa dirinya. kenapa dirinya yang perlu hadapi semua ini. dia lemah sebenarnya. namun digagahkan dirinya. kerana dia tahu dia punya Allah. kerana itu dia masih teguh berdiri. 

kenangan silam saban hari menyapa dirinya. cuba untuk ditepis. seringkali cuba untuk ditepis. malah makin kuat pula disapanya. 

"sudahlah. aku dah penat dengan semua ni. aku dah penat. Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui. berikanlah aku kekuatan. berikanlah ya Allah"

"mungkin 'insan' itu tidak sedar. mungkin. tak mengapa ya Allah. tak mengapa. mungkin 'mereka' hanya melihat kepentingannya. mungkin. adakah mereka meminggirkanku ? mungkin kerana aku bukan salah seorang daripada 'mereka'. mereka teguh memberikan semangat pada 'insan' itu. tapi aku ? mereka terlepas pandang. aku juga punya hati. aku juga punya perasaan. aku tak minta untuk jadi macam ni. aku taknak semua ni. aku taknak."

air matanya jatuh ke pipi. tak dapat dibendung lagi kesakitan ini. semua yang berlaku tak pernah diduganya. dugaan yang datang dirasakan bertubi tubi menimpanya. can be only forgiven not forgotten.
itu lumrah. setiap luka pasti meninggalkan parut.

dia berhenti di salah satu tempat. duduk. dan hanya memerhatikan ombak. ya Allah terlalu nyaman. terlalu indah. diikutkan nafsunya, dia ingin menghabiskan seharian di pantai itu. tanpa perlu berhadapan dengan orang lain. tanpa perlu memikirkan pasal dunia. tapi itu semua mustahil buat masa ini. dirinya perlu fokus terhadap pelajarannya. peperiksaan akhir semester akan dijalankan tak lama lagi. impian ibu ayah untuk melihat dia berjaya perlu ditunaikan. 

" eh dah 8.30 la. aku kena balik ni. kesian Nurul sorang sorang kat bilik "



***



" Assalamualaikum Nur "

Nur yang baru keluar dari kereta myvi nya terkejut. 

" Waalaikumussalam. amboi. balik lambat sikit takkan dah rindu kot. awak ni kan Nurul. Nah, sy belikan nasi lemak kegemaran awak. pegi makan. bagi gemuk sikit. hehe "

Nurul segera merampas bungkusan nasi lemak dari tangan Nur. " isy childish betullah roomate aku sorang ni " bisik Nur sambil tersenyum.

di meja makan, mereka rancak berbual. memikirkan masa depan lah. bergosip lah. isy isy isy. bergosip itu jangan ditiru ye. tak baik untuk kesihatan amalan kita. nanti dapat saham kat akhirat. hehe.

persahabatan mereka begitu kuat. walaupun Nurul tahu Nur sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya, tapi dia sentisa menyokong Nur dari belakang. dia tidak pernah memaksa Nur untuk menceritakan masalahnya. dia tahu Nur seorang yang sangat tabah. dan seorang yang sangat pemendam. Nur lebih selesa menanggung sendiri masalahnya. kerana dia merasakan jika dia berkongsi dengan orang lain, itu seakaan akan menyusahkan orang itu. 

persahabatan mereka berlandaskan cinta kerana Allah. setiap hari , mereka akan berlumba untuk kejutkan antara satu sama lain untuk melakukan tahajud. selalunya Nur lah yang kejut Nurul. mereka juga sentiasa berkongsi ilmu yang mereka dapat di dalam kuliah masing masing. 

" ukhuwah ini sampaii syurga " - Nur dan Nurul



***



fuhh, alhamdulillah. habis satu . yeay yeay yeay. mampu tarik nafas lega. Alhamdulillah. osem kan persahabatan macam tu. saling kejut tahajud. yang tu la yang kita nak. daebak (Y) hehe. 

hmm. nak special dedication lah. buat kuliah dua belas yang osem osem sangat. terima kasih :))
terima kasih atas kenangan kita bersama. baik lelaki mahupun perempuan. masing masing unik. serious. ada yang dengan pelat kedahnya. * ops hahaha. ada dengan pelat terengganunya. kadang kadang speaking pun dengar macam terengganu jugak. ehh. tak kutuk ye tak kutuk. unik tuuu. hehehe.

ada yang sangat berdedikasi. yang ceria. serba serbi lengkap lah kuliah kita ni kann. ALHAMDULILLAH. i'm glad to know each of you. terima kasih atas kenangan yang kita cipta sama sama kaan. terima kasih :))


terima kasih atas segalanya ~



moga Allah berkati persahabatan ini. jumpa kalian di syurga kelak :))

Tuesday 5 November 2013

hijrah ? whatt .


Bismillah,

kibas kibas habuk. haaaaacimmmm *bersin ok* Alhamdulillah.
nampaklah dah lama tak menghapdet blog terchinta ini. hahaha. 

lari laju laju. capai handphone. check tarikh. eh eh eh. 1 MUHARAM.
ya Allah , dah 1 Muharam lah you !

stop , before we go futher . dah selawat tak hari ni ? jeng jeng jeng . eh tak payah cakap. dah tahu dahh. jom selawat :D


                               اللَّهمَّ صَلِّ على محمَّدٍ وعلى آلِ محمَّدٍ


apa macam iman hari ni ? ehh, bukan iman tu lah. iman iman *tunjuk kat dada* . sihat ? ke nazak ? nauzubillah.



***






" eh timah , apa azam hang tahun baru ni ? "

" hah tahun baru ? dah masuk 2014 ke ? "

" *geleng kepala* "


nampak tak kat situ ? ok mai nak bagi nampak lagi. eh dialog di atas tiada kaitan antara hidup dan mati ea . hihihi. ok back to our main topic. nampak tak betapa kesedaran kita mengenai tahun baru hijrah tak berapa nak sedar sangat lah kann. sampaikan tak tahu hari ni dah masuk tahun baru hijrah. agak parah di situ. kena masuk icu dah ni. hihi ok memain je.


" aku kan mail , aku rasa aku nak berhijrah la. aku nak jadi lebih baik. aku dah penat la asyik buat dosa ja. aku tak tau aku mati bila. entah entah seronok dok buat dosa , aku mati. Aisyy, tak boleh jadi ni. "


* senyum sampai telinga *


Allah berfirman :

" Tiap tiap yang bernyawa pasti merasakan mati .. " ( 21:35)


Alhamdulillah , bersyukur . Allah masih detikkan kat hati kita ni untuk melakukan perubahan. tak banyak ? bukan berubah 360 darjah ? never mind guys. at least kita usaha untuk berubah. Bukan senang tau nak berubah. 


" eh cik kiah , cuba tengok jenab tu. betui ka dia dah berubah tu ? Amboi dulu bukan main keluaq dengan jantan . berkepit sana sini. siang malam. tak lekat kat rumah dah. tup tup sekarang dah pakai tudung. tudung labuh pulak tu. boleh percaya ka ? "


eh kenapa pulak tak boleh percaya sahabat sahabat ? Hidayah, Allah yang bagi. Hidayah merupakan perkara yang paling bernilai kat dunia ni tau.

dan sahabat sahabat yang baru berhijrah, sy akui, susah untuk melakukan hijrah. dan paling susah nak maintain atau istiqamah. bila kita dah bersedia melakukan penghijrahan daripada kurang baik kepada baik, sudah tentu banyak 'hakim' yang menilai baik buruk kita. ya mereka itu bukan 'hakim' yang diiktiraf pun. mereka sama sekali tidak berhak menilai baik buruk penghijarahan kita. itu antara dugaan atau mehnah yang perlu dihadapi bagi penghijrah penghijrah sekalian.

ya mulut tempayan senang je nak tutup. mulut manusia ? nak tahu tak . mulut manusia ni la medium paling cepat tersebarnya sesuatu cerita. sama ada cerita betul , gosip , fitnah dan macam macam lagi lahh.


" kalau macam tu tak payah la ada wasep, mukabuku, kicauan kann"  ehh --'


hijrah . nampak mudah . tapi memerlukan persediaan mental dan fizikal yang sangat tinggi. sy ada seorang sahabat. dia berkongsi ceritanya dengan sy.


" syuhada , aku ni budak biasa je. memang pakai tudung labuh pun. tapi bukan tudung labuh bulat tu la. tapi kadang kadang aku pakai jugak selendang. dan tiba tiba suatu hari ni aku terdetik nak pakai purdah. sangat. eksaited sangat dibuatnya. then aku call mak aku bgtau yang aku nak pakai purdah. hmm mak aku ok je. tapi siapa yang tak terkejutkan. but next day aku dapat call drpd ayah aku. dia tanya kenapa aku nak pakai purdah ? pakai macam biasa dah la. tak payah nak pakai purdah purdah ni.  dia ingat aku terpengaruh dengan syiah kat universiti aku tu. syu, nak kata sedihnya aku ni. entah. hanya Allah yang tahu kesedihan yang aku hadapi ni. "


sahabat sahabat, kita jangan mudah menilai niat seseorang yang nak berubah ye. tengok macam kes sahabat sy tadi tu. mungkin niat ayahnya hanya nak memastikan anak kesayangannya dia tak terpengaruh dengan ajaran ajaran sesat ni. tapi itu lah fikiran manusia. kerana nila setitik rosak susu sebelanga. kerana sorang wanita syiah berpurdah, habis semua wanita berpurdah dianggap syiah. *aduh apa aku tulis ni*



***


sahabat sahabat, perubahan kita menenangkan diri kita tau. ada ke org berubah jd baik lagi tak tenang diri dia ? ada ke ? rasanya siapa yang dok buat jahat tu je yang makin tak tenang dibuatnya. kan kan kan. inilah kesan bila kita makin mendekatkan diri kita untuk mengenali Allah. untuk bercinta dengan Allah. Rahmat Allah itu luas sahabat sahabat :)


ok . berubahlah. walaupun sikit. daripada tak suka senyum kepada suka senyum. daripada dok mengutuk cikgu lecture kepada memuji dan bersyukur kerana dapat cikgu dan lecturer yang gigih memberi ilmu. daripada suka ponteng kelas kepada suka datang kelas. malah jadi orang terawal datang kelas pulak tu. apa lagi ? daripada suka buang masa kepada suka isi masa dengan perkara berfaedah. daripada pakai tudung tak cukup kain sebab tak tutup dada, kepada tudung yang menepati syariat islam. banyakk lagi lahh. jenuh la nak kena sebut satu satu. hehehehe.


biarlah perubahan kita nampak simple pada mata manusia, tapi Allah pandang perubahan dan usaha kita . itu yang kita nak sebenarnya kann.


Allah berfirman :

" (Luqman berkata) : " Wahai anakku! sesungguhnya, jika ada ( sesuatu perbuatan ) sekalipun seberat biji sawi serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Lagi Maha Teliti " ( 31:16 )


mari, kita sama sama melakukan perubahan. untuk agama yg kita cintai ni. untuk Allah.




haa tudia, blink blink lagi tu . hihihi



tingkatkan amalan kita , ayuh sahabat sahabat !
redha Allah matlamat utama kita.












:: moga Allah redha , berbahagialah kita dunia akhirat ::