Sunday, 25 August 2013

qalbu ~

bismillah,

Allahumma solli 'ala saidina muhammad

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

hari itu aku berasa sangat keliru. serabut. kenapa dengan aku ni sebenarnya ? kenapa ?
matlamat utama aku datang ke tempat ini hanya untuk menuntut ilmu. itu sahaja. ya . matlamat yang aku highlightkan hanya menuntut ilmu.

namun .

tak lengkap rasanya jika diri ini tak diuji. ujian kan tanda Allah sayangkan hambanya. Allahu Allah.
tak pernah terlintas di fikiran aku perkara ini akan terjadi pada diriku.


baruku perasan, sehari dua ni aku asyik bercakap soal cinta . bercakap soal baitul muslim. lihat. betapa halusnya permainan syaitan. perkara ini yang membuatkan aku lalai selama ini. terlalu berangan angan. Astagfirullah. Astagfirullah. Astagfirullah.







" eh, miss A. kenapa dengan awak ni ? lain macam je saya tengok. awak ok tak ?

" oh, miss B. sy ok je lah. "

" tak. awak tipu. mulut boleh la kata tak de apa apa. but eyes never lie ok "

eh budak ni. sempat pulak dia kan. nak kena ni.getus hatiku.

namun betul la tu. mulut boleh la kata apa yang kita nak. tapi mata jarang sekali nak tipu kan.








Miss B. rakan sebilikku. sangat caring orangnya. bagiku, dia lah ibuku di sini. maklumlah, tanpa dia, sukar sekali rasanya hendak bangun subuh. alamak kantoi. ehh. 

" cer story mory skit dengan saya. mana tau saya boleh tolong apa yang patut ke? "

saat itu. bermulalah sesi luahan perasaan antara aku dengan miss B. sungguh. air mataku gugur bersama sama butir bicara yang keluar dari mulutku. setiap perkataan terasa sukar untuk diungkapkan. perit. entah kenapa. tiba tiba aku rasa aku bencikan diriku sendiri. benci untuk menghadapi masalah ini. masalah hati. ya. tepat. sangat tepat. masalah hati. atau lebihh tepat. masalah cinta. or nakk lebih tepat , cinta bertepuk sebelah tangan . apekah ? whatt ??

miss B hanya biarkan aku berkata kata. dia lebih suka mendengar dan tersenyum melihatku. sambil diusapnya bahuku.



lima belas minit sudah berlalu.



aku ibarat telah mati kata kata. mungkin ini masa yang sangat sesuai untuk miss B menjalankan tugasnya. HAHA. eh? macam kejam sangat bunyi dia kan ?

" miss A. awak sangat beruntung. sangat beruntung. Allah masih sayangkan awak. lihat. buktinya, awak masih boleh bertahan sampai saat sekarang. padahal awak dah pendam perasaan ini setelah sekian lama bukan? dan paling penting, dia tak tahu pun yang awak minatkan dia kan ? alhamdulillah. awak , cuba awak bayangkan. kalau awak ikutkan nafsu, of course awak akan pergi luahkan kat dia kan ? dan korang akan hampiri zina kan ? astagfirullah. awak patut bersyukur. saya sayangkan awak kerana Allah. awak doakan dia. in shaa allah jika dia terbaik buat awak, ikut mana pun korang akan berjumpa jugak. tak percaya, tunggu lahh "

ehh, macam tu pulak 'ibu' aku ni . baiklah 'ibu'. saya ikut cakap ibu :D

seriously, setelah sesi heart-to-heart selesai, hatiku rasa lapangggggg.
lapang sangat.

Alhamdulillah.

benarlah ya Allah apa yang dikatakan Miss B.

kuatkan aku untuk hadapi ujian ini. walaupun mungkin nampak macam simple je ujian ni, tapi kalau tak dihandle dengan ilmu dan syariat, jauh menyimpang aku ni.
astagfirullah. moga dijauhkan.

miss B. terima kasih. walaupun hari tu beliau akan menghadapi test, tapi beliau sanggup meminjamkan telinganya untuk mendengar luahan hati dan perasaan aku ni. haha. entah apa apa kan.







----------------------------------------------------------------------------------------------------




just a story :D
takde kaitan dengan shiapa shiapa.
maupun yang hidup or mati.

moga kita amik iktibar . sometimes love is killing you . ehh ? tetiba lak budak ni. smack down karang baru tau



















:: moga Allah redha. berbahagialah  kita dunia akhirat ::



No comments:

Post a Comment